Tuesday 28 January 2020

CARA MENGENALI SCAMMER PROGRAM HAJI



CARA MENGENALI SCAMMER PROGRAM HAJI

Setiap tahun kita akan dengar banyak berita tentang penipuan-penipuan dalam urusan ibadah haji. Kadangkala memang dah berhati-hati dan kita pun dah selidik sebijak-bijaknya, namun tertipu juga. Hari ini, kita tak nafikan pengurusan ibadah ini menerusi Tabung Haji adalah yang paling realiable. Kita mungkin tak perlu persoal dan perbincangkannya kerana umum tahu jika surat tawaran datangnya dari pejabat TH, itu confirm legit bukannya scam. 

Namun tidak semua yang terdetik mahu pergi haji hari ini terus boleh pergi tahun ini juga walaupun mereka berduit dan ada masa serta mampu dari segi kesihatan dan akal. INILAH RUANG SCAMMER YANG BESAR iaitu menerusi visa-visa haji alternatif. Kesian orang-orang kampung yang bergadai tanah nak pergi haji last-last duit habis kat scam, kenduri dah buat, hajinya tak pergi-pergi.

Setiap tahun, Arab Saudi akan memberikan quota visa negara kepada pengelola utama negara (Kalau Malaysia, TH lah) dan juga atas kuasa kerajaan Arab Saudi boleh mengeluarkan satu lagi jenis visa yang dipanggil "Courtesy Visa" aka visa furada. Tidak kiralah namanya visa mujammalat ataupun furoda tetapi keduanya merujuk kepada kategori yang sama. 

Nak mudah, begini. Satu visa itu ketentuan yang tetap diberi kepada kerajaan dari kerajaan. Satu lagi jenis visa ini istimewa sedikit. Tahun lepas, imam masjid Al-Nur Christchurch dan ingat lagi polis wanita Superetenden Naila Hassan di Christchurch dijemput menunaikan haji tahun lalu juga dengan jemputan khas. Visa ini visa courtesy. Dia diberikan kepada sesiapa sahaja yang disukai oleh kerajaan Arab Saudi yang biasanya diberikan atas dasar courtesy kepada lazimnya raja-raja, kerabat-kerabat, menteri-menteri, rakan-rakan juga kepada pihak yang kerajaan Arab Saudi rasakan perlu tanpa boleh disangkal sebabnya.

Setiap tahun visa jenis ini dikeluarkan tanpa jumlah yang khusus. Tahun lepas cuma tak sampai 1000 visa dikeluarkan, namun tahun sebelumnya sampai sehingga 5000 visa diberikan. 

Namun, visa courtesy ini yang banyak membuka ruang penipuan. KENAPA? Mudah sahaja, kerana visa ini semua orang boleh mengaku mereka ada visa tapi tak semuanya legit. Kalau visa negara, kita perlu diiktiraf sebagai PJH (Pengelola Jemaah Haji) baru bole buat urusan haji. Ini kami kongsikan bagaimana nak kenali scammer dalam urusan ini yang sebenarnya tak susah mana

1. JIKA ADA YANG GUARANTEE 100% AKAN DAPAT FURADA itu confirm scammer. Cepat-cepat lari, tak payah bincang dah. Tiada siapa atas muka bumi Malaysia ini yang boleh confirm visa furada itu mereka boleh dapat. Yang ada hanyalah, SUMBER dan BERAPA YANG DIPERUNTUKKAN untuk setiap pihak. Itupun, semuanya bergantung kepada budibicara duta Arab Saudi. Dia nak bagi, dia bagilah. Dia taknak bagi, tak payah nak argue. Usaha lagi tahun depan. 

2. Pastikan pengelola pakej anda ialah syarikat yang sah. Tapi ini sekadar guidance sahaja kerana tahun lalu 26 orang jemaah kena hantar pulang tu juga ialah syarikat yang sah dan berdaftar serta berpengalaman juga. 

3. Jika pengelola menjual visa itu dengan harga terlalu murah. Umum tahu, courtesy visa ini percuma. Namun sebenarnya ia tidaklah percuma. Peruntukan visa itu ada harganya. Jika ia lebih murah dari RM10k, ia pasti scammer. Jika harga visa sahaja antara 10-15k itu normal dan ada yang sampai 30k juga pun ada.

4. Point nombor 3 mungkin tidak berkaitan jika syarikat penganjur menawarkan harga secara pakej. Ini panduannya, untuk kita pertimbangkan. Pakej visa courtesy biasanya tidak murah. Paling murah ikut rate tahun lalu ada yang berani buat serendah RM49k++ tetapi setelah kerajaan Arab Saudi menaikkan kos maktab, terus syarikat-syarikat ini terpaksa meminta kos tambahan itu dari jemaah dan akhirnya kos mereka melonjak juga menjadi sekitar 50k-55k. Jika hotelnya berdekatan, harganya akan menjadi sekitar 60-150k pula. Jika terlalu murah, periksa semula kerana scammer mahukan volume kerana mereka tak perlu deliver service. Mereka cuma perlu yakinkan anda, dan bila duit dah kaut mereka akan hilang.
Selain itu, pakej furada MEMANG MAHAL kenapa? visa belum dapat tapi bilik dan penerbangan semua perlu booking dahulu. Semua tu tak boleh booking pakai air liur, itu semua kena pakai duit. Jika tidak, nanti visa dapat tapi flight pun dah habis. Ini masalah CHICKEN & EGGS. Nak beli tiket dulu, sekali visa tak keluar memang burn lah flight ticket. Siapa nak tanggung tu? Ini risiko yang jarang orang tahu. Tapi lain tidak, pengusaha akan masukkan elemen risiko dalam pengiraan kos. Mudahnya, jika pakej setara visa negara yang kena beratur tu lebih kurang sahaja harganya, itu kemungkinan besar scam lah tu.

5. Pergi kepada reputable company yang dipercayai. Mudah sahaja, scammer biasanya jenis syarikat baru daftar hari ini, scam tahun ini dan tutup juga tahun ini. Jika syarikatnya reputable dalam travel dan hanya kerana haji mereka gadaikan prospek dan kepercayaan customer dalam sektor travel yang lain dan kena pindah ofis sebesar-besar ofis. Itu agak mustahil untuk jadi scammer. Kalau kami ni lagi susah nak pindah kerana tanah dan ibupejabat semua bangunan kami sendiri, penat juga nak pindah 6.2 ekar tanah dan bangunan-bangunan ni semata-mata nak scam orang. Tak berbaloi.

6. TOO GOOD TO BE TRUE biasanya NOT TRUE. Hati-hati dengan janji bulan dan bintang. Visa courtesy biasanya berlepas pada bulan Zulhijjah. Kalau ada yang janji visa mereka keluar awal, periksa semula kemungkinan mereka scammer ataupun mereka dapat line terus dari kerabat Arab Saudi (Tapi ramai claim begini). Tapi memang rare sangatlah kalau nak cakap mereka dapat cepat kerana kedutaan akan proses dulu visa negara barulah visa courtesy. 99.9% pasti, visa furada hanya akan diproses selepas visa negara selesai iaitu sekitar hujung-hujung bulan Zulkaedah. Nak masuk bulan haji dah tu.

Semoga membantu semua dalam mencari dan berusaha mengerjakan haji. Tidak kira melalui saluran manapun, yang penting furada bukan potong barisan dan tidak mengambil hak orang lain. Melalu furada mahupun visa quota biasa, semuanya menuju kepada Allah juga. Kerja kita, usahakan kerana usaha untuk melaksanakan rukun Islam itu WAJIB. Jangan cakap tiada masa kerana Allah tahu kita boleh sahaja luangkan masa jika 3 minggu mengerjakan haji itu ditukar menjadi 3 minggu projek RM10 juta. Atau jangan cakap duit nak guna untuk beli perkara bukan keperluan lain dan nak tangguhkan haji walaupun duit dah cukup kerana Allah juga yang beri rezeki itu. Jangan cakap takpe-lah, next year kot...kita belum tahu kita tak lumpuh, atau tak sakit, atau tidak mampu kesihatan kita mengerjakan haji tahun depannya.

Kalau rasa info ini memberi faedah kepada ramai dan mampu menyelamatkan ramai orang dari kena scam, share info ini juga sudah dikira satu kebajikan. 

Salam.

Saturday 25 January 2020

PROGRAM SIMULASI HAJI SEKOLAH

🕋 SIMULASI HAJI SEKOLAH.

Program Simulasi Haji secara Teori dan Praktikal

Pihak sekolah melalui Panitia Agama atau PIBG  yang berminat menganjurkan program ini sila hubungi kami dengan gembira.

Kami mempunyai tenaga pembimbing yang hebat, guru-guru agama dan berpengalaman dalam manasik Haji dan Umrah.

HUBUNGI KAMI SEKARANG.!!

Keterangan lanjut, sila hubungi @Best Travel Advisor :-
📞 +6019-2886846
📶 http://mutawwif.wasap.my/
📶https://infohajiumrah.wasap.my/
🌐 https://juarapilihankami.com/

 #sekolah #pibg #ppd #simulasihaji

Friday 24 January 2020

PAKEJ HAJI MUSIM 2020.



‘Labbaik Allahumma Labbaik’

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Haji yang mabrur (penuh kebajikan) adalah lebih baik daripada dunia dan segala isinya dan haji mabrur tiada lain balasannya kecuali syurga.” (Riwayat Abu Hurairah)

🎙PROMOSI PAKEJ HAJI 2020

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
📞 019-2886846 @Best Umrah Advisor
📶 http://mutawwif.wasap.my/
📶 https://infohajiumrah.wasap.my/
🌐 https://juarapilihankami.com/

𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐋𝐮𝐩𝐚 𝐒𝐮𝐛𝐬𝐜𝐫𝐢𝐛𝐞!!
http://www.youtube.com/c/AlMahdiMediaGroup?sub_confirmation=1

#pakejhaji2020 #juarapilihankami

Friday 17 January 2020

VLOG HAJI 2020 I TESTIMONI JEMAAH HAJI 2019.


PROMOSI PAKEJ HAJI 2020.

🎙 Promosi Pakej Haji 2020.

Keterangan lanjut, sila hubungi @Best Umrah Agency :-
📞 019-2886846
📶 http://mutawwif.wasap.my/
📶https://infohajiumrah.wasap.my/
🌐 https://juarapilihankami.com/

#Umrah #PakejHaji #Tours #JuaraTravel #JuaraPilihanKami

Tuesday 14 January 2020

PAKEJ UMRAH RAMADHAN SYAWAL 2020.

🕋 PAKEJ UMRAH RAMADHAN SYAWAL 2020/1441H.

❤𝙇𝙖𝙗𝙗𝙖𝙞𝙠 𝘼𝙡𝙡𝙖𝙝𝙪𝙢𝙢𝙖 𝙇𝙖𝙗𝙗𝙖𝙞𝙠.!

(((𝘿𝙖𝙛𝙩𝙖𝙧 𝙎𝙚𝙠𝙖𝙧𝙖𝙣𝙜)))
                                                                                                                                                                                                         📳 𝙄𝙣𝙛𝙤 𝙐𝙢𝙧𝙖𝙝/𝙏𝙧𝙖𝙫𝙚𝙡 𝙆𝙡𝙞𝙠👇
http://mutawwif.wasap.my/ @Your Friendship Mutawwif

🌐𝙒𝙚𝙗𝙨𝙞𝙩𝙚
https://juarapilihankami.com/ @Best Umrah Travel In Malaysia

Friday 10 January 2020

CARA MEMILIH PAKEJ UMRAH YANG WAJIB DIKETAHUI OLEH BAKAL JEMAAH.


CARA MEMILIH PAKEJ UMRAH YANG WAJIB DIKETAHUI OLEH BAKAL JEMAAH.
Elak Duit Lebur & Menyesal Tak Sudah!
                                                                              
Antara perkara penting untuk difikirkan sebelum kita memilih pakej umrah:-

1. Harga Pakej Yang Ditawarkan.
Soal harga adalah paling penting. 
Buat perbandingan harga antara pakej yang ditawarkan agensi berbeza.
Harga yang murah tidak boleh menjadi ukuran kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.
Betul, sering kali kita dengar dari rakan rakan kita yang pernah ke tanah haram, keluhan dan kekesalan kerana tersalah pilih pakej.

Harga dibawah RM5,000 boleh dikatakan murah. 
Tapi, antara perkara utama yang perlu di pertimbangkan ialah,
·         Adakah makanan dan minuman disediakan? 
Tujuan kita ke sana untuk fokus majoriti masa beribadat. Pakej yang menyediakan makan akan sangat menjimatkan masa.
·         Harga pakej memang berbeza mengikut bulan dan musim. 
Contohnya, pakej mengerjakan umrah di bulan Ramadhan adalah lebih mahal kerana pahala amalan dan ibadat kita di gandakan berkali ganda.


Hotel dan rumah penginapan memang penuh di masa ini.
·         Semak iklan pakej umrah tersebut untuk nombor rujukan kelulusan dari Kementerian Pelancongan Malaysia.
Harga pakej juga akan mempengaruhi lokasi penginapan kita dengan masjid Nabawi di madinah & Masjidil Haram dI Mekah.

Ada jemaah Malaysia yang terpaksa naik teksi ulang alik ke Masjidil Haram kerana jauhnya jarak.
Ibu dan ayah kita yang dah tua akan berjalan kaki jauh ke masjid setiap hari, dan jalan pergi dan pulang tidak sama. Ini kerana sekatan jalan semasa pulang, polis tak benarkan lalu jalan yang sama.
Alamat terpaksa jalan kaki ikut jalan jauh.


Belanjakan duit yang ada ini untuk memudahkan mereka beribadat.
Semoga Allah membalas setiap sen yang dikeluarkan itu dengan keberkatan & rahmat kasih sayangnya.
Zaman sekarang ini sangat mudah untuk menunaikan umrah. Pasti ada pakej yang sesuai untuk kita.


2. Tempoh Umrah Dalam Pakej Tersebut
Ini satu lagi perkara penting. Memang logik sekiranya harga pakej lebih mahal untuk tempoh yang lebih panjang. Kos penginapan dan makanan akan meningkat dengan bilangan hari disana.


3. Kedudukan Dan Jarak Hotel
Harga pakej umrah akan memberi kesan kepada jarak hotel dengan masjid.
Keselesaan kita beribadah disana semasa juga dipengaruhi dengan oleh berapa jauhnya hotel dengan Kaabah dan Masjid Nabawi.


Semasa meneliti pakej tersebut. Cari nama hotel dan buat sedikit kajian tentang jarak yang perlu diambil untuk berjalan kaki. Kalau kita nak pergi melancong atau outstation pun kita survey hotel dulu. Contohnya, nak melancong di selangor, mestilah nak book hotel area shah alam sebab senang kan. Apatah lagi masa umrah.!


Lebih dekat hotel, lebih mahal harga pakej.
Paling bagus, keluar saja hotel terus nampak masjid. Hotel memang tak sama macam duduk rumah sendiri.
Pada masa yang sama, cuba cari komen bekas pelanggan agensi perlancongan lepas.
Adakah agensi umrah tersebut benar benar menepati janji yang ditetapkan
Reputasi syarikat pengendali haji dan umrah memang berbeza.
Dengan memilih syarikat yang berkredibilit dan menepati janji, jiwa kita lebih tenang dan fokus disana.
Memang benar, masalah tidak dapat dielakkan. Tetapi persiapan yang rapi akan memberikan pengalaman berbeza disana.


4. Selidik Agensi Umrah 
Ambil sedikit masa dan kaji latar belakang syarikat pengendali umrah yang anda sudah senarai pendek.
Terutama sekali sekiranya agensi tersebut masih baru dan bersaiz kecil.

Antara ciri ciri yang perlu ada pada syarikat tersebut ialah,

a. Mempunyai lesen dan permit
Permit 'outbound' (membawa jemaah keluar negara) yang sah atau hanya ada permit untuk 'inbound' (aktiviti pelancongan dalam negara) sahaja. 



b. Mempunyai sistem permohonan visa yang cekap. 
Urusan mendapat visa lancar kerana kecekapan dan pengalaman berurusan dengan kementerian di Arab Saudi.
Staf yang ditugaskan menjawab sebarang soalan dari pelanggan mestilah mahir dalam selok belok visa.
Antara tips yang diberikan oleh beberapa bekas jemaah sebelum ini ialah sekiranya agensi tersebut bagus, sesiapa sahaja yang angkat telefon tu boleh jawab tentang semua hal. 
Jika tidak, lebih selamat untuk cari agensi lain.


5. Menawarkan Kursus umrah dan Kursus Haji
Antara faktor utama untuk kesempurnaan ibadat umrah yang bakal dilakukan ialah ilmu.
Jadi memang elok sangat kita luangkan masa pergi ke kursus umrah.
Umrah dan haji mempunyai dam atau denda untuk jemaah yang melakukan kesalahan.
Lebih teruk lagi ibadat umrah kita boleh jadi tidak sah.


Jadi, sebelum berangkat ke sana timba sebanyak mungkin ilmu. Hadiri kursus umrah kelolaan agensi tersebut.
Pastikan kursus ini ada dalam pakej tersebut. Walaupun ada khidmat mutawif semasa di tanah suci nanti.Tapi keadaan disana sangat sesak dan padat dengan lautan manusia. 
Tanggungjawab kita sendiri untuk memastikan ibadat kita sesempurna mungkin.


Mutawwif hanya seorang sahaja.
Tetapi, bergantung kepada pakej umrah & agensi yang diambil, ada jemaah yang mengerjakan tawaf bersama mutawif untuk 3x umrah & penyediaan alat komunikasi canggih semasa ibadah umrah.
Ini bagi membantu semua ahli dalam jemaah melaksanakan tawaf dengan sempurna.

6. Cara Pembayaran Pakej
Bagi memastikan ketelusan urusniaga. Sebarang transaksi mestilah dimasukkan terus kepada akaun syarikat tersebut. Bukan pada akaun persendirian dan orang ketiga.
Isu percaya atau tidak itu tidak penting. Bagaimana hendak tahu yang akaun tersebut bukan mulik persendirian?

Semasa pemindahan wang secara online, Nama syarikat tersebut akan terpapar di skrin komputer.
Pastikan dapat resit pembayaran dan simpan resit sebagai rujukan di kemudian hari.
Tanya dengan jelas, tak perlu berselindung lagi dengan wakil dari agensi.
Samada akan ada caj tambahan yang perlu dibayar di tanah haram.


BERINGAT SEBELUM KENA.!!


Antara langkah yang diambil pihak agensi yang telus untuk menjamin keselamatan dan ketelusan dalam urusan pembayaran ialah yuran akan dimasukkan terus kedalam akaun syarikat.
TIADA orang tengah untuk urusan pembayaran.

Dan memang betul, ini yang dialami oleh sesetengah bakal jemaah, walaupun selepas bayar pakej umrah dengan penuh, Staf akan "upsell"  jemaah dengan


·         Daripada bilik berkongsi 4 orang kepada 2 orang. Seorang perlu bayar RM400. Kalau 2 orang dah RM800.
·         Lawatan ke tempat bersejarah di Madinah dan Mekah. Ini juga ada dikenakan bayaran.
Sebab itu penting untuk kita selidik awal awal, memang ada pakej yang mahal tapi semua dah masuk.

Atau ambil pakej umrah murah tapi kena ‘upsell’ macam-macam sampai akhirnya harga pakej dah sama dengan pakej mahal, atau lebih teruk lagi, jadi lebih mahal dari pakej mahal.
Seeloknya perlu ambil tahu semua ini, contoh orang tua kadang-kadang   kurang arif dalam semua urusan ini.


7. Bilik Hotel Penginapan Yang Dijanjikan
Adakah kita akan pergi berseorangan, berdua ataupun bersama keluarga? 
Harga pakej umrah dipengaruhi oleh jenis bilik yang dipilih.


Bilik single lebih mahal daripda bilik untuk berempat. Perlu dapat penjelasan penuh.
Jika Tuan Puan pergi bersama keluarga, lebih wajar ambil pakej keluarga.
Harganya lebih murah dan berpatutan.
Dan semestinya lebih selesa ditempatkan bersama dalam satu bilik bukan?

8. Syarikat Penerbangan Yang Digunakan
Syarikat penerbangan utama yang menawarkan Syarikat penerbangan selesa ialah  Saudi Airlines.
Pesawat akan terus terbang menuju ke destinasi tanpa berhenti dimana-mana.

Terdapat juga penerbangan transit seperi Oman Air dan Etihad Airways.
Apa pun, kita boleh memilih sendiri pakej berbeza dengan harga berlainan di agensi umrah yang berbeza. Buat survey di atas talian dan kemudian bandingkan.


9.  Mutawif Bimbingan
Kebanyakan pakej menunaikan umrah  menggunakan servis mutawif warganegara Malaysia.
Mutawif Malaysia akan dipertanggungjawabkan menasihatkan jemaah dari Malaysia lagi.
Mereka akan bersama sama jemaah terbang dari KLIA kesana.

Dan menjadi sumber panduan dan rujukan rombongan jemaah di tanah suci.
Segala isu boleh dirujuk kepada mereka.
Mutawif Malaysia akan turut pulang bersama-sama ke Malaysia. Dari Malaysia ke Malaysia semula. Selamat ke pangkuan keluarga tercinta.

Berbeza dengan mutawif warganegara lain seperti  Indonesia, mereka akan menunggu di tanah haram, selalunya di Hotel. Kebanyakan mutawif indonesia terdiri dari pelajar yang sedang menuntut disana. Bahasa yang digunakan memang Telor Indonesia tulen macam dalam Sinetron.


Mutawif Indonesia akan menamatkan tugas mereka di kaunter daftar masuk lapangan terbang dan pulang ke mekah atau madinah semula.
Bermula dari beberapa tahun lepas, kesemua mutawif dari Andalusia adalah dari Malaysia.


Ini bagi memastikan Tuan Puan semua mendapat khidmat nasihat terbaik dari mereka yang mahir dan faham peribadi rakyat Malaysia.


10. Bilangan Umrah Yang Dilakukan

Bagi menyempurnakan ibadat umrah, jemaah perlu melakukan miqat-tawaf-saie. 
Ada agensi yang menyediakan tiga kali umrah. Apa kelebihan melaksanakan tiga kali umrah?


Peluang untuk melakukan umrah yang tidak sah akan lebih rendah. Sebagai makluman, hanya satu umrah dikira wajib, dan dua lagi umrah sunat. Dengan andaian ketiga-tiga umrah tersebut sah dan diterima. Jika umrah pertama sah, dan kedua-dua umrah berikutnya juga sah. Umrah pertama dikira wajib dan selebihnya sunat. Sekali lagi, suka kami sarankan supaya buat kajian dahulu ya.

Kebanyakan contoh yang diberikan adalah dari perkhidmatan yang diberikan dalam pakej umrah.
Ada pakej dari syarikat lain yang menawarkan hanya satu kali umrah wajib.  Sekiranya Tuan/Puan Ingin melaksanakan ummrah sunat, perlu melakukannya sendiri. Dari urusan sewa van lepas yang kena bayar sendiri dan pergi sendiri ke Tanaim atau Ja’ranah untuk miqat.
Dan semestinya pakej sebegini kelihatan murah pada asalnya. Tetapi selepas diambil kira usaha untuk mengatur sendiri umrah sunat. Tidak setimpal bukan.

Kesimpulan memilih pakej umrah di tanah suci.

 

Ibadat umrah memerlukan persiapan yang rapi dari segi duit, tenaga & masa. Semestinya kita mahu ibadat kita diterima Allah swt kan. Sebab itu kita perlu rancang sebaiknya. Buatlah kajian mengenai pakej umrah dan agensi yang menawarkannya. Kerana apa apa yang berlaku di sana, kita kena sabar dan ada hikmahnya.

                                          ‘Semoga kita dijauhi dari nasib sedemikian rupa’.




Wednesday 8 January 2020

PERBANYAKKAN TAWAF SUNAT..

KENAPA KITA KENA BANYAKKAN TAWAF SUNAT DI BAITULLAH BERBANDING UMRAH SUNAT. BACA SAMPAI HABIS.

Semangat berkobar-kobar untuk menambahkan amalan sememangnya satu sikap yang sangat terpuji. Dan amat lebih baik lagi apabila kita kekal ISTIQOMAH dalam ibadah atau bahasa mudahnya “konsisten”.

Jangan hanya di tanah suci sahaja kita semangat, bila balik ke tanah air kita kembali kepada asal. Sebagai Tetamu Allah sewajarnya kita mendalami ilmu agama dengan tekun supaya kita arif mengenai hukum hakam dalam agama. seterusnya memperbaiki segala kekurangan diri supaya menjadi insan yang lebih baik.

Ibadah mana yang perlu diutamakan atau diberi KEUTAMAAN berbanding dengan ibadah yang lain. Jangan sampai amalan kita menjadi sia-sia lantaran jahil mengenai sesuatu hukum. Di sinilah perlu guru dan adab di dalam berguru. Sabar untuk mendalami ilmu agar kita dipandaikan.

Apabila berada di Mekah, ada di kalangan jemaah yang memperbanyakkan amalan UMRAH SUNAT. Malah ada yang menganggap Umrah Sunat yang dilakukan sebanyak 7 kali menyamai pahala Haji. Sedangkan tidak ada nas al-Quran, hadis mahupun ijmak ulamak yang menyatakan sedemikian.

Sebenarnya amalan yang PALING AFDHAL semasa di Tanah Haram ialah memperbanyakkan TAWAF SUNAT dan bukannya memperbanyakkan Umrah Sunat.

MENGAPA TAWAF SUNAT LEBIH BAIK BERBANDING DENGAN AMALAN LAIN DI TANAH HARAM?

Tawaf itu adalah Sunatullah bukan sekadar sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Semua makhluk Allah yang melata di bumi hatta di langit sekalipun bertawaf sebagai menunjukkan ketaatan mereka patuh kepada Allah. Bintang-bintang di langit, planet-planet yang berada di angkasa lepas semuanya berpusing ikut lawan jam mengelilingi matahari mengikut paksinya. Malah zarah sekecil atom turut sama berpusing mengikut aturan Allah.

Jika semua makhluk Allah bertawaf sebagai menunjukkan kepatuhan mereka beribadah kepada Allah, maka sebagai manusia yang dikurniakan Allah dengan banyak kelebihan sewajarnyalah memperbanyakkan Tawaf sebagai tanda kita taat dan patuh kepada Allah yang Esa.

Ibnu Abbas r.a mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda ” Sesungguhnya setiap hari Allah menurunkan 120 rahmat kepada Baitullah ini. 60 rahmat untuk orang yang bertawaf, 40 rahmat untuk orang yang mengerjakan solat dan 20 rahmat untuk orang yang memandang Baitullah”.

Anas bin Malik pula mengatakan Rasulullah SAW bersabda “2 jenis tawaf di mana apabila seorang hamba Allah dapat melakukannya, niscaya seluruh dosanya akan diampuni seperti ketika ia dilahirkan oleh ibunya.

Dua jenis tawaf itu adalah TAWAF SETELAH SELESAI SOLAT SUBUH yang selesai bersamaan dengan terbitnya matahari dan TAWAF SETELAH SOLAT ASAR yang selesai bersamaan dengan terbenamnya matahari.” Kerana itu jika perasan, pada 2 waktu inilah bilangan jemaah yang bertawaf bertambah berlipat kali ganda berbanding sebelumnya.

Ulama’ Besar Tanah Haram, Syaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimiin (Syarh al-Mumti’, 7/407). Ia dianggap makruh dan tidak disyari’atkan (iaitu berulang-alik mengerjakan umrah dengan keluar ke tanah halal berkali-kali) dengan sekali perjalanan umrah.

Al-Hafidz alFaqih Ibn al-Qayyim (Zaad al-Ma’ad, 2/86) menghitung umrah Nabi SAW hanya 4 kali dalam sejarah hidup baginda. Setiap kali kunjungan ke Mekah, baginda mengerjakan satu kali umrah sahaja.

1. Umrah Hudhaibiyah tahun ke 6 H
2. Umrah Qadhiyah tahun ke 7H
3. Umrah Ji’ranah tahun ke 8
4. Umrah terakhir pada Haji Wada’

Sebaliknya, ibadah yg diutamakan semasa umrah ialah perbanyakkan tawaf.

Dari surah al-Baqarah: 2:125:
“Dan bersihkan rumahku utk orang2 yang tawaf”. Dalil Hadith: Barangsiapa yg bertawaf rumah ini (Kaabah) tujuh kali, laksana (pahala) membebaskan seorang hamba”
(sahih An-Nasa’iy 2919).

Ibnu Umar pula menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa melakukan Tawaf di Baitullah, maka Allah swt akan mencatat satu kebaikan dan menghapuskan satu keburukan bagi setiap langkahnya serta diangkat satu darjat untuknya.” Allahu Akbar. !! Berapa banyak langkah yang kita lakukan semasa kita sedang bertawaf?

Sebanyak itulah kebaikan pahala yang kita dapat dan sebanyak itulah juga dosa kita terampun.
Sebagai renungan, cuba kita perhatikan jemaah yang sedang bertawaf di sekeliling Kaabah. Ramai yang berpakaian biasa bertawaf Sunat atau berpakaian Ihram Umrah?

SAMA-SAMA KITA MENGKAJI KENAPA KITA DISURUH BANYAKKAN TAWAF SUNAT?


KESIMPULAN:

Pesan kepada diri sendiri dan para jemaah semua, sama-sama kita semak kualiti ibadah kita. Adakah kita memahaminya sekadar satu ritual atau kita lakukannya dengan konteks kefahaman yang boleh dilaksanakan di dalam setiap aktual aktiviti harian kita?

wallahu aklam bissawab.

🚩 (( Jom Umrah ))
                                                                                                                                                                                                         📳 Info Umrah/Travel Klik👇
http://mutawwif.wasap.my/ @Your Friendly Mutawwif

🌐 Website
https://juarapilihankami.com/ @Best Umrah Travel In Malaysia

 #pakejumrah2020