Monday 16 April 2018

DAM KETIKA UMRAH HAJI.

DAM KETIKA UMRAH HAJI.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dam adalah denda atau tebusan bagi mereka yang berniat ihram haji atau umrah tetapi melakukan pelanggaran tertentu atau peraturan yang telah ditetapkan.
Dam tersebut dapat membebaskan diri mereka daripada peraturan atau pantang larang ihram.

Jenis-Jenis Dam
Dam-dam yang diwajibkan ialah:
1. Dam Tertib dan Taqdir
2. Dam Tertib dan Takdil
3. Dam Takhyir dan Takdil
.
.
1. Dam Tertib dan Taqdir
Dendanya ialah menyembelih seekor kambing. Sekiranya tidak mampu, wajiblah berpuasa selama sepuluh hari, iaitu 3 hari di Mekah dan 7 hari lagi di kampung sekembalinya dari tanah suci nanti.
.
Antara sebab-sebabnya;
a. Mengerjakan Haji Qiran.
b. Mengerjakan haji Tamattuk.
c. Terlewat dari wukuf di Arafah.
d. Memakai pakaian berjahit.
e. Memotong rambut atau kuku.
f. Menggunakan harum-haruman.
g. Berciuman dan sentuhan syahwat.
h. Melakukan larangan-larangan ihram.
i. Meninggalkan salah satu perkara wajib haji dan umrah.
.
.
2. Dam Tertib dan Takdil
Takdil bermakna apabila seseorang tidak mampu memberi makan fakir miskin senilai satu unta, hendaklah digantikan dengan berpuasa selama 10 hari. 3 hari ditanah suci dan bakinya di tanah air.
Dam Takdil adalah:
a. Denda bersetubuh setelah tahallul pertama atau sebelum selesai kerja umrah, ialah:
Menyembelih seekor unta atau;
Menyembelih seekor lembu atau;
Menyembelih tujuh ekor kambing atau;
Bersedekah makanan dengan nilai seekor unta kepada fakir miskin atau;
Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan nilai seekor unta dan wajib menghabiskan kerja-kerja haji atau umrahnya dan wajib qada pada tahun berikutnya.
.
b. Bagi yang sudah berihram tetapi tersekat dalam perjalanan, berpenyakit atau dikepung oleh musuh hingga tidak dapat memasuki Mekah, hendaklah bertahallul ihsar dan damnya ialah:
Menyembelih seekor kambing dan bergunting atau;
Membeli makanan dengan nilai seekor kambing dan diagihkan kepada fakir miskin tempat hahallul atau;
Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan nilai seekor kambing. Secupak bersamaan sehari puasa.
.
.
3. Dam Takhyir dan Takdil
Takhyir bererti damnya boleh dipilih satu daripada perkara yang ditetapkan.
.
a. Bagi yang membunuh haiwan atau binatang buruan di tanah suci dendanya ialah:
Menyembelih binatang yang sama besarnya dengan yang dibunuh atau;
Membeli makanan dengan nilai harga bandingan dan dibahagikan kepada fakir miskin Mekah atau;
Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan binatang tersebut iaitu secupak sehari puasa.
.
b. Menebang, mengerat atau mencabut tumbuhan di tanah Mekah, hendaklah bertahallul ihsar dan damnya ialah:
Menyembelih binatang mengikut bilangan pokok yang dicabut, dikerat atau ditebang. Jika besar bandingannya lembu dan kambing sekiranya kecil. atau;
Wang harga tafsirannya dibelikan makanan dan disedekahkan kepada fakir miskin di Mekah atau;
Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan binatang tersebut iaitu secupak sehari puasa.
.
.
Pelanggaran Dan Denda
Bertengkar dendanya menyembelih seekor kambing.
Lelaki yang menutup kepala, dendanya menyembelih seekor kambing.
Memotong rambut lebih dari 12 helai, dendanya menyembelih seekor kambing.
Lelaki /wanita yang memakai haruman atau wangian dendanya bersedekah 1 mud.
Wanita yang menutup muka atau tangan, dendanya menyembelih seekor kambing.
Lelaki yang memakai pakaian biasa (berjahit), dendanya menyembelih seekor kambing atau berpuasa selama 10 hari; iaitu 3 hari di tanah suci dan bakinya di tanah air.
Merosakkan tanaman di tanah suci, dendanya menyembelih seekor kambing.
Berburu atau membunuh binatang buruan, dendanya menyembelih seekor kambing atau memberi makan 60 orang miskin atau berpuasa setiap fakir miskin satu hari puasa.
Melakukan akad nikah atau menikahkan sebelum tahallul, awal dendanya menyembelih seekor kambing.
Bersetubuh sesudah Tahallul Awal, hajinya batal dan wajib menyembelih seekor unta atau lembu atau puasa selama 10 hari. 3 hari di tanah suci Makkah dan bakinya di tanah air.
.
Wallahu A’alam Bissowab
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته