CARA MEMILIH PAKEJ UMRAH YANG WAJIB DIKETAHUI OLEH
BAKAL JEMAAH.
Elak Duit Lebur & Menyesal Tak Sudah!
Antara
perkara penting untuk difikirkan sebelum kita memilih pakej umrah:-
1. Harga Pakej Yang Ditawarkan.
Soal
harga adalah paling penting.
Buat
perbandingan harga antara pakej yang ditawarkan
agensi berbeza.
Harga
yang murah tidak boleh menjadi ukuran kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.
Betul,
sering kali kita dengar dari rakan rakan kita yang pernah ke tanah haram,
keluhan dan kekesalan kerana tersalah pilih pakej.
Harga
dibawah RM5,000 boleh dikatakan murah.
Tapi,
antara perkara utama yang perlu di pertimbangkan ialah,
·
Adakah
makanan dan minuman disediakan?
Tujuan
kita ke sana untuk fokus majoriti masa beribadat. Pakej yang menyediakan makan
akan sangat menjimatkan masa.
·
Harga
pakej memang berbeza mengikut bulan dan musim.
Contohnya,
pakej mengerjakan umrah di bulan Ramadhan adalah lebih mahal kerana pahala
amalan dan ibadat kita di gandakan berkali ganda.
Hotel
dan rumah penginapan
memang penuh di masa ini.
·
Semak
iklan pakej umrah tersebut untuk nombor rujukan kelulusan dari Kementerian
Pelancongan Malaysia.
Harga
pakej juga akan mempengaruhi lokasi penginapan kita dengan masjid Nabawi di
madinah & Masjidil Haram dI Mekah.
Ada
jemaah Malaysia yang terpaksa naik teksi ulang alik ke Masjidil Haram kerana
jauhnya jarak.
Ibu dan ayah kita yang dah tua akan berjalan kaki jauh ke masjid setiap hari, dan jalan pergi dan pulang tidak sama. Ini kerana sekatan jalan semasa pulang, polis tak benarkan lalu jalan yang sama.
Alamat terpaksa jalan kaki ikut jalan jauh.
Belanjakan duit yang ada ini untuk memudahkan mereka beribadat.
Semoga Allah membalas setiap sen yang dikeluarkan itu dengan keberkatan & rahmat kasih sayangnya. Zaman sekarang ini sangat mudah untuk menunaikan umrah. Pasti ada pakej yang sesuai untuk kita.
Ibu dan ayah kita yang dah tua akan berjalan kaki jauh ke masjid setiap hari, dan jalan pergi dan pulang tidak sama. Ini kerana sekatan jalan semasa pulang, polis tak benarkan lalu jalan yang sama.
Alamat terpaksa jalan kaki ikut jalan jauh.
Belanjakan duit yang ada ini untuk memudahkan mereka beribadat.
Semoga Allah membalas setiap sen yang dikeluarkan itu dengan keberkatan & rahmat kasih sayangnya. Zaman sekarang ini sangat mudah untuk menunaikan umrah. Pasti ada pakej yang sesuai untuk kita.
2. Tempoh Umrah Dalam Pakej Tersebut
Ini
satu lagi perkara penting. Memang logik sekiranya harga pakej lebih mahal untuk
tempoh yang lebih panjang. Kos penginapan dan makanan akan meningkat dengan
bilangan hari disana.
3. Kedudukan Dan Jarak Hotel
Harga
pakej umrah akan memberi kesan kepada jarak hotel dengan masjid.
Keselesaan
kita beribadah disana semasa juga dipengaruhi dengan oleh berapa jauhnya hotel
dengan Kaabah dan Masjid Nabawi.
Semasa
meneliti pakej tersebut. Cari nama hotel dan buat sedikit kajian tentang jarak
yang perlu diambil untuk berjalan kaki. Kalau kita nak pergi melancong atau
outstation pun kita survey hotel dulu. Contohnya, nak melancong di selangor,
mestilah nak book hotel area shah alam sebab
senang kan. Apatah lagi masa umrah.!
Lebih
dekat hotel, lebih mahal harga pakej.
Paling
bagus, keluar saja hotel terus nampak masjid. Hotel memang tak sama macam
duduk rumah sendiri.
Pada
masa yang sama, cuba cari komen bekas pelanggan agensi perlancongan lepas.
Adakah
agensi umrah tersebut benar benar menepati janji yang ditetapkan
Reputasi
syarikat pengendali haji dan umrah memang berbeza.
Dengan
memilih syarikat yang berkredibilit dan menepati janji, jiwa kita lebih tenang
dan fokus disana.
Memang
benar, masalah tidak dapat dielakkan. Tetapi persiapan yang rapi akan
memberikan pengalaman berbeza disana.
4. Selidik Agensi Umrah
Ambil
sedikit masa dan kaji latar belakang syarikat pengendali umrah yang anda sudah senarai pendek.
Terutama
sekali sekiranya agensi tersebut masih baru dan bersaiz kecil.
Antara
ciri ciri yang perlu ada pada syarikat tersebut ialah,
a. Mempunyai lesen dan permit
Permit
'outbound' (membawa jemaah keluar negara) yang sah atau hanya ada permit untuk
'inbound' (aktiviti pelancongan dalam negara) sahaja.
b. Mempunyai sistem permohonan visa yang
cekap.
Urusan
mendapat visa lancar kerana kecekapan dan pengalaman berurusan dengan
kementerian di Arab Saudi.
Staf
yang ditugaskan menjawab sebarang soalan dari pelanggan mestilah mahir dalam
selok belok visa.
Antara
tips yang diberikan oleh beberapa bekas jemaah sebelum ini ialah sekiranya
agensi tersebut bagus, sesiapa sahaja yang angkat telefon tu boleh jawab
tentang semua hal.
Jika
tidak, lebih selamat untuk cari agensi lain.
5. Menawarkan Kursus umrah dan Kursus Haji
Antara
faktor utama untuk kesempurnaan ibadat umrah yang bakal dilakukan ialah ilmu.
Jadi
memang elok sangat kita luangkan masa pergi ke kursus umrah.
Umrah
dan haji mempunyai dam atau denda untuk jemaah yang melakukan kesalahan.
Lebih
teruk lagi ibadat umrah kita boleh
jadi tidak sah.
Jadi,
sebelum berangkat ke sana timba sebanyak mungkin ilmu. Hadiri kursus umrah
kelolaan agensi tersebut.
Pastikan
kursus ini ada dalam pakej tersebut. Walaupun ada khidmat mutawif semasa di
tanah suci nanti.Tapi keadaan disana sangat sesak dan padat dengan lautan
manusia.
Tanggungjawab
kita sendiri untuk memastikan ibadat kita sesempurna mungkin.
Mutawwif
hanya seorang sahaja.
Tetapi,
bergantung kepada pakej umrah & agensi yang diambil, ada jemaah yang
mengerjakan tawaf bersama mutawif untuk 3x umrah & penyediaan alat
komunikasi canggih semasa ibadah umrah.
Ini
bagi membantu semua ahli dalam jemaah melaksanakan tawaf dengan sempurna.
6. Cara Pembayaran Pakej
Bagi
memastikan ketelusan urusniaga. Sebarang transaksi mestilah dimasukkan terus
kepada akaun syarikat tersebut. Bukan pada akaun persendirian dan orang
ketiga.
Isu
percaya atau tidak itu tidak penting. Bagaimana hendak tahu yang akaun
tersebut bukan mulik persendirian?
Semasa
pemindahan wang secara online, Nama syarikat tersebut akan terpapar di skrin
komputer.
Pastikan
dapat resit pembayaran dan simpan resit sebagai rujukan di kemudian hari.
Tanya
dengan jelas, tak perlu berselindung lagi dengan wakil dari agensi.
Samada
akan ada caj tambahan yang perlu dibayar di tanah haram.
BERINGAT
SEBELUM KENA.!!
Antara
langkah yang diambil pihak agensi yang telus untuk menjamin keselamatan
dan ketelusan dalam urusan pembayaran ialah yuran akan dimasukkan terus kedalam
akaun syarikat.
TIADA orang tengah untuk urusan pembayaran.
Dan memang betul, ini yang dialami oleh sesetengah bakal jemaah, walaupun selepas bayar pakej umrah dengan penuh, Staf akan "upsell" jemaah dengan
Dan memang betul, ini yang dialami oleh sesetengah bakal jemaah, walaupun selepas bayar pakej umrah dengan penuh, Staf akan "upsell" jemaah dengan
·
Daripada
bilik berkongsi 4 orang kepada 2 orang. Seorang perlu bayar RM400. Kalau 2
orang dah RM800.
·
Lawatan
ke tempat bersejarah di Madinah dan Mekah. Ini juga ada dikenakan bayaran.
Sebab itu penting untuk kita selidik awal awal, memang ada pakej yang mahal tapi semua dah masuk.
Atau ambil pakej umrah murah tapi kena ‘upsell’ macam-macam sampai akhirnya harga pakej dah sama dengan pakej mahal, atau lebih teruk lagi, jadi lebih mahal dari pakej mahal.
Seeloknya perlu ambil tahu semua ini, contoh orang tua kadang-kadang kurang arif dalam semua urusan ini.
Sebab itu penting untuk kita selidik awal awal, memang ada pakej yang mahal tapi semua dah masuk.
Atau ambil pakej umrah murah tapi kena ‘upsell’ macam-macam sampai akhirnya harga pakej dah sama dengan pakej mahal, atau lebih teruk lagi, jadi lebih mahal dari pakej mahal.
Seeloknya perlu ambil tahu semua ini, contoh orang tua kadang-kadang kurang arif dalam semua urusan ini.
7. Bilik Hotel Penginapan Yang
Dijanjikan
Adakah
kita akan pergi berseorangan, berdua ataupun bersama keluarga?
Harga
pakej umrah dipengaruhi oleh jenis bilik yang dipilih.
Bilik single lebih mahal daripda bilik untuk
berempat. Perlu dapat penjelasan penuh.
Jika Tuan Puan pergi bersama keluarga, lebih wajar
ambil pakej keluarga.
Harganya lebih murah dan berpatutan.
Dan semestinya lebih selesa ditempatkan bersama
dalam satu bilik bukan?
8. Syarikat Penerbangan Yang
Digunakan
Syarikat
penerbangan utama yang menawarkan Syarikat penerbangan selesa ialah Saudi Airlines.
Pesawat
akan terus terbang menuju ke destinasi tanpa berhenti dimana-mana.
Terdapat juga penerbangan transit seperi Oman Air dan Etihad Airways.
Apa
pun, kita boleh memilih sendiri pakej berbeza dengan harga berlainan di agensi
umrah yang berbeza. Buat survey di
atas talian dan kemudian bandingkan.
9. Mutawif Bimbingan
Kebanyakan
pakej menunaikan umrah menggunakan servis
mutawif warganegara Malaysia.
Mutawif
Malaysia akan dipertanggungjawabkan menasihatkan jemaah dari Malaysia lagi.
Mereka
akan bersama sama jemaah terbang dari KLIA kesana.
Dan
menjadi sumber panduan dan rujukan rombongan jemaah di tanah suci.
Segala isu boleh dirujuk kepada mereka. Mutawif Malaysia akan turut pulang bersama-sama ke Malaysia. Dari Malaysia ke Malaysia semula. Selamat ke pangkuan keluarga tercinta.
Segala isu boleh dirujuk kepada mereka. Mutawif Malaysia akan turut pulang bersama-sama ke Malaysia. Dari Malaysia ke Malaysia semula. Selamat ke pangkuan keluarga tercinta.
Berbeza dengan mutawif warganegara lain seperti Indonesia, mereka akan menunggu di tanah
haram, selalunya di Hotel. Kebanyakan mutawif indonesia terdiri dari pelajar yang sedang
menuntut disana. Bahasa
yang digunakan memang Telor Indonesia tulen macam dalam Sinetron.
Mutawif Indonesia akan menamatkan tugas mereka di kaunter daftar masuk
lapangan terbang dan pulang ke mekah atau madinah semula.
Bermula dari beberapa tahun lepas, kesemua mutawif dari Andalusia
adalah dari Malaysia.
Ini bagi memastikan Tuan Puan semua mendapat khidmat nasihat terbaik dari
mereka yang mahir dan faham peribadi rakyat Malaysia.
10. Bilangan
Umrah Yang Dilakukan
Bagi menyempurnakan ibadat umrah, jemaah perlu melakukan miqat-tawaf-saie.
Ada agensi yang menyediakan tiga kali umrah. Apa kelebihan
melaksanakan tiga kali umrah?
Peluang untuk melakukan umrah yang tidak sah akan lebih rendah. Sebagai makluman, hanya satu
umrah dikira wajib, dan dua lagi umrah sunat. Dengan andaian
ketiga-tiga umrah tersebut sah dan diterima. Jika umrah pertama sah, dan kedua-dua umrah berikutnya juga sah.
Umrah pertama dikira wajib dan selebihnya sunat. Sekali lagi, suka kami sarankan supaya buat kajian dahulu ya.
Kebanyakan contoh yang diberikan adalah dari perkhidmatan yang diberikan
dalam pakej umrah.
Ada
pakej dari syarikat lain yang menawarkan hanya satu kali umrah wajib. Sekiranya Tuan/Puan Ingin
melaksanakan ummrah sunat, perlu melakukannya sendiri. Dari urusan sewa van lepas yang kena bayar sendiri dan pergi
sendiri ke Tanaim atau Ja’ranah untuk miqat.
Dan
semestinya pakej sebegini kelihatan murah pada asalnya. Tetapi selepas diambil
kira usaha untuk mengatur sendiri umrah sunat. Tidak setimpal
bukan.
Kesimpulan
memilih pakej umrah di tanah suci.
Ibadat umrah memerlukan persiapan yang rapi
dari segi duit, tenaga & masa. Semestinya kita mahu ibadat kita diterima
Allah swt kan. Sebab
itu kita perlu rancang sebaiknya. Buatlah kajian mengenai pakej umrah dan
agensi yang menawarkannya. Kerana apa apa yang berlaku di
sana, kita kena sabar dan ada hikmahnya.
‘Semoga kita dijauhi dari nasib sedemikian rupa’.
‘Semoga kita dijauhi dari nasib sedemikian rupa’.
No comments:
Post a Comment