TAWAF merupakan satu amalan dalam ibadat haji dan umrah yang memerlukan kepada ketelitian semasa melakukannya kerana ia mempunyai hubung kait dengan kesucian (memerlukan wuduk). Antara kemusykilan yang selalu berlaku semasa tawaf:
1. Persentuhan tanpa lapik antara lelaki dan wanita yang halal semasa tawaf
- Pendapat marjuh dalam Mazhab Syafie menyatakan tidak batal wuduk jika bersentuhan lelaki dan wanita tanpa syahwat sebagaimana yang disebut oleh Ibn Suraj dan al-Rafi’ie dan pendapat yang paling tepat dengan Maqasid Syariah untuk diguna pakai semasa tawaf
2. Semasa tawaf, bersentuh atau tersentuh dengan Hijr Ismail atau Kelambu Kaabah. Bagaimana keadaannya?
- Tidak sah tawaf yang tersentuh tersebut, batal dan diulang semula pusingan yang tersentuh itu
3. Bagaimana ragu-ragu niat tawaf?
- Tawaf ada lapan jenis:
- Tawaf Qudum
- Tawaf Umrah
- Tawaf Haji
- Tawaf Sunat
- Tawaf Nazar
- Tawaf Wada
- Tawaf Tahiyatul Bait
- Tawaf Tahallul
- Bagi tawaf haji dan umrah tidak perlu kepada niat kerana sudah berniat dalam ihram – umrah. Jika dia niat juga tidak mengapa. Tawaf selain daripada yang dua tersebut wajib niat.
4. Antara salah satu syarat semasa tawaf mesti menutup aurat. Apakah hukumnya jika terbuka aurat semasa tawaf dan ditutup segera?
- Kalau ditutup dengan segera dimaafkan, jika sengaja batal tawafnya.
5. Adakah sah umrah apabila seseorang tidak tawaf tetapi ia bersa’ie dan bergunting?
- Seseorang yang tidak tawaf walaupun bersaie dan bergunting maka umrahnya tidak sah. Ia dikenakan Dam Takhyir dan Taqdir kerana mengerat rambut sebelum tiba masanya. Dia dikehendaki menyempurnakan Tawaf Umrah dahulu diikuti dengan saie dan bergunting.
6. Jemaah haji membuat Tawaf Ifadhah seramai empat orang dan mereka yakin bahawa mereka bertawaf tujuh kali pusingan. Tetapi seorang jemaah haji yakin belum cukup tujuh kali pusingan dan dia terus mengikuti tiga rakannya itu saie. Apakah hukum tawaf dan sa’ie jemaah haji itu?
- Oleh kerana jemaah haji tersebut yakin belum sempurna tujuh kali, maka dia dikehendaki menyempurnakan tawafnya untuk mencukupkan pusingan dan mengulangi sa’ienya.
7. Apakah hukum jemaah haji sihat mengerjakan tawaf dengan menggunakan kerusi roda semata-mata kerana tidak mahu bersesak-sesak?
- Tawafnya sah tetapi makruh.
8. Orang yang jatuh sakit di Mekah dan dia dikatakan (uzur syarie) sejauh manakah kedudukan tersebut yang ada kalanya boleh diupah dan ada kalanya tidak boleh diupah?
- Yang boleh diupah bagi yang uzur syarie hanya melontar sahaja. Tawaf dan saie tidak sah diupah kepada orang lain. Sebaliknya, seseorang itu hendaklah mengerjakan sendiri tetapi diharuskan mengupah orang lain untuk menolaknya dengan kerusi roda.
9. Bagaimana dengan kedudukan tawaf bagi jemaah haji memegang tangan isteri dalam keadaan berlapik semasa tawaf dan pada masa sama terangsang syahwat?
Bagi permasalahan ini, jika dalam keadaan syahwat tetapi tidak keluar air mazi maka sah tawaf tersebut.
Bagi permasalahan ini, jika dalam keadaan syahwat tetapi tidak keluar air mazi maka sah tawaf tersebut.
- Namun perbuatan tersebut adalah haram dan berdosa tetapi tidak dikenakan dam.
- Dam bagi kategori mukadimah persetubuhan hanya diwajibkan jika sentuhan tersebut tidak berlapik.
No comments:
Post a Comment