Thursday, 21 June 2018

JIWAD WANITA MUSLIMAH - JOM UMRAH !!



JIHAD WANITA MUSLIMAH I JOM UMRAH !
Dari โ€˜Aisyah Radhiyallahu โ€˜anhuma, ia berkata:
ูŠูŽุง ุฑูŽุณูŽูˆู’ู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ูุŒ ู‡ูŽู„ู’ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู†ูู‘ุณูŽุงุกู ุฌูู‡ูŽุงุฏูŒุŸ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ุฌูู‡ูŽุงุฏูŒ ู„ุงูŽ ู‚ูุชูŽุงู„ูŽ ูููŠู’ู‡ูุŒ ุงูŽู„ู’ุญูŽุฌูู‘ ูˆูŽุงู„ู’ุนูู…ู’ุฑูŽุฉู.
โ€œWahai Rasulullah, apakah ada jihad bagi wanita?โ€ Beliau menjawab, โ€œJihad yang tidak ada peperangan di dalamnya, iaitu haji dan umrah.โ€ (HR. Ibnu Majah)
Jihad Wanita Menurut Ulama Empat Mazhab
Berdasarkan hadis di atas, Para ulama sepakat bahwa jihad tidak wajib bagi wanita. Kerana jihad merupakan hal-hal yang berat dan payah, sementara perempuan memiliki sifat yang lemah. Oleh kerana itu, salah satu syarat kewajiban untuk melaksanakan jihad adalah laki-laki. Syarat dan ketetapan ini telah disepakati oleh seluruh ulama mazhab.
Imam Al-kasani, salah satu ulama dari kalangan Hanafiah berkata, โ€œJihad tidak diwajibkan bagi anak kecil dan wanita, kerana keduanya tidak pantas memikul beratnya peperangan.โ€ (Al-Badaโ€™i Sanaโ€™i, 9/4301)
Sementara dari kalangan Malikiah, Imam Ad-Dasuki berkata, โ€œTidak diwajibkan jihad pada anak kecil dan wanita ketika hukumnya tidak fardhu โ€˜ain atau tidak ada perintah dari imam kaum muslimin karena keadaan yang tidak mampu. Namun kalau tidak, maka kewajiban jihad berlaku padanya.โ€ (Hasyiyah Ad-Dasuki, 2/175)
Al-Adawi juga menulis, โ€œJihad hukumnya fardhu kifayah kepada lelaki yang merdeka, berakal, balikh dan mampu. Dan tidak ditujukan kepada yang sebaliknya (wanita, tidak berakal, hamba sahaya, belum balikh dan tidak mampu.โ€ (Hasyiyah al-Adawi, 2/4)
Pendapat yang sama juga diungkapkan oleh ulama Syafiโ€™iah. Dalam kitab Al-Majmuโ€™ Syarhul Muhadzab, Imam An-Nawawi berkata, โ€œTidak diwajibkan jihad kepada wanita. Kerana terdapat riwayat dari Aisyah r.a bahwa ia pernah berkata, โ€˜Aku bertanya kepada Nabi SAW tentang kewajiban jihad,โ€™ maka Nabi SAW bersabda, โ€˜Jihad kalian adalah haji, cukuplah kalian dengan kewajiban haji, kerana jihad adalah perang, padahal para wanita tidak terbiasa dengan perang.โ€ (Majmu Syarhul Muhadzab, 19/270)
Ibnu Bathal berkata, โ€œHadis Aisyah menunjukkan tidak ada kewajiban jihad bagi para wanita. Dan tidak adanya kewajiban, kerana mereka dituntut untuk menutup aurat dan menghindari fitnah kaum laki-laki.โ€ (Fathul Bari, 6/76)
Sementara dari Mazhab Hambali, Ibnu Qudamah menerangkan, โ€œSyarat keempat dalam berjihad adalah laki-laki, maka tidak wajib jihad bagi kaum wanita. Karena ada riwayat dari Aisyah, ia berkata, โ€œAku bertanya kepada Nabi saw, apakah para wanita diwajibkan berjihad?โ€ Nabi menjawab, โ€œAda kewajiban jihad tapi bukan perang, iaitu haji dan umrah. Kerana jihad itu adalah perang dan wanita bukan termasuk dari yang memikulnya, sebab memiliki sifat yang lemah.โ€ (Al-Kafi, 4/253, al-Mughni, 9/197)
Namun demikian, ketetapan hukum di atas bukan bererti kaum wanita dilarang secara mutlak untuk ikut serta dalam medan jihad. Para ulama juga sepakat bahwa wanita tetap dibolehkan untuk ambil bahagian dalam medan perangโ€”sebagaimana riwayat yang disebutkan di atasโ€”untuk membantu barisan belakang; iaitu merawat yang terluka, menyediakan makanan dan menghalau kaum muslimin yang mencuba lari dari medan tempur. Tentunya semua itu ada batasan khusus yang telah diatur dalam syariat Islam..wallahu aklam bissawab

No comments: