Tuesday 16 January 2018

Sedikit perkongsian mengenai term yang sering digunakan oleh travel agensi :
1 : Apakah maksud "Full Board" dan bila ia digunakan? Apa beza "Full Board" dengan "All In" ?
> "Full Board" bermaksud, pakej percutian yg disediakan lengkap termasuk semua sekali. Tiket kapal terbang, makan minum, tiket masuk ke tempat lawatan, hotel dan pengangkutan. Hanya perlu bawa wang poket sahaja. "Full Board" dan "All In" memberi maksud yang sama dalam industri perlancongan.
2 : Apakah maksud "Ground Package" ?
> "Ground Package" bermaksud pakej percutian yang disediakan di lokasi percutian sahaja. Yang bermaksud, tiket kapal terbang TIDAK termasuk di dalam pakej. Yang termasuk, cumalah hotel, makan minum, pengangkutan darat dan bayaran masuk di tempat lawatan sahaja.
3 : Apakah maksud Free & Easy Package? Kenapa selalunya "Free & Easy Package" lebih murah?
> " Free & Easy Package" bermaksud pakej percutian yang hanya menyediakan hotel sebagai penginapan dan jemput dari airport serta hantar pulang ke airport sahaja untuk sepanjang percutian. "Free & Easy Package" lebih murah kerana pakej percutiannya TIDAK menyediakan tiket kapal terbang, makan minum, lawatan dan pengangkutan darat.

No comments: