Thursday, 16 November 2017

Sejarah Pembinaan Masjid Nabawi.

Sejarah Pembinaan Masjid Nabawi.
Wajah-wajah mulia penuh bahagia itu beratur sepanjang jalan masuk ke Madinah. Penuh harap dalam hati mereka agar untanya kekasih Allah itu kan berhenti di rumah mereka. Lalu, mereka kan beroleh kemuliaan punya tetamu semulia-mulia manusia, Rasulullah Saw.
"Biar dia berhenti sendiri, unta ini mengikut perintah Allah", sabda baginda Rasulullah
Akhirnya Rasulullah Saw sampai di Bani Najjar, disitu ada satu kawasan kosong yang dipunyai oleh dua orang anak yatim. Unta Rasulullah Saw berhenti disitu. Tempat yang berkat, tempat yang Allah pilih. Rasulullah Saw membayar harga tanah itu kepada waris anak yatim ini dan Rasulullah Saw perintahkan dibina masjid disitu.
Maka bermulalah pembinaan Masjid Nabawi.Masjid Nabawi, masjid yang paling mulia selepas Masjidil Haram. Masjid yang padanya di janjikan gandaan 10,000 kali lipat pahala. Padanya bersemayam jasad mulia baginda Nabi Sholla Allahu Alaihi wassalam.
...........................................................
Gambar 1 :
Masjid Nabawi pada fasa awal pembinaannya. Ketika ini, kaum Muslimin masih bersolat menghadap kiblat ke arah masjidil Aqsa.
Awalnya, masjid ini berukuran sekitar 50 m × 50 m, dengan tinggi atap sekitar 3,5 m. Rasulullah turut membangunnya dengan tangannya sendiri, bersama-sama dengan para shahabat dan kaum muslimin. Tembok di keempat sisi masjid ini terbuat dari batu bata dan tanah, sedangkan atapnya dari daun kurma dengan tiang-tiang penopangnya dari batang kurma. Sebagian atapnya dibiarkan terbuka begitu saja. Selama sembilan tahun pertama, masjid ini tanpa penerangan di malam hari. Hanya di waktu Isya, diadakan sedikit penerangan dengan membakar jerami.
Nafi` r.a berkata:`bahawa Abdullah bin Umar r.a memberitahu kepadanya bahawa pada zaman Rasululullah s.a.w,Masjid itu dibina daripada batu-batu yang dijemur,atapnya dari dahan kurma serta tiangnya dari batang kurma.(HR:Al-Bukhari)
(1) kawasan Solat dan mihrab Imam beratap dengan kiblat ke arah masjidil Aqsa
(2) kawasan penempatan ahlul Shuffah
(3) bilik/rumah Rasulullah dengan Aisyah
.......................................................
Gambar 2 :
Masjid Nabawi setelah turun firman Allah swt menukar arah kiblat menghadap ke Masjidil Haram (albaqarah : 144)
(1) kawasan solat beratap
(2) kawasan ahlul Shuffah
(3) rumah Aisyah
........................................................
Gambar 3
Pembesaran pertama masjid Nabawi di zaman Rasulullah
Di lebarkan selepas peperangan Khaibar sehingga mencapai 2.500 m2.Perluasan in dbuat setelah Saidina Othman r.a mewaqapkan tanah yang dibelinya sekitar Masjid.
..................................................................
Gambar 4
Era Sayyidina Umar r.a:
Perluasan ketika zaman Saidina Umar.
Tiada lagi kawasan ahlul Shuffah. Kerana ketika pemerintahan Saidina Umar semua rakyat beroleh tempat tinggal.
Penambahan ruang,pengantian tiang dengan menggunakan kayu(HR Ahmad,Abu Daud),menyediakan ruang untuk aktiviti harian biasa dikanali sebagai Butaiha`(kemudian ruangan ini juga dimasukan sebahagian dari Masjid)
.....................................................................
Gambar 5
Masjid Nabawi dan bilik-bilik (hujurat) isteri-isteri baginda.
Lihatlah betapa tawadhu' dan zuhudnya Nabimu.
...................................................
Di daurah haramain, kami menawarkan bukan sekadar pakej umrah biasa. Padat dengan pengajian sehari-harian, merangkumi kelas Tafsir dan Hadith 40 di Mekah, dan kajian sirah serta sunnah di Madinah.
Mari bersama kami ; bertamu dan menuntut ilmu di bumi suci Mekah dan Madinah.
Daurah Haramain
"Menapaki Jejak Nabi, Memaknai Perjalanan Haji, Menghayati Kalam Ilahi"





No comments: