Thursday, 16 November 2017

JENIS JENIS VISA ARAB SAUDI



Saya rasa ramai yang tak tahu tentang visa ke Arab Saudi.
Sebenarnya Saudi ni adalah satu satunya negara yang sangat unik perundangan dia tak macam negara lain.
Kalau kita nak ke China, mohon visa di kedutaan dia, kalau Australia apply online saja, kalau Mesir contohnya VOA bermaksud visa upon arrival. Tapi tidak untuk negara Arab Saudi.
Saudi ada beberapa jenis visa dan saya susun ikut urutan paling mudah di atas.
VISA UMRAH
Visa ni hanya boleh dikeluarkan melalui travel agent yang sah dan berdaftar sahaja dengan kedutaan mereka. Untuk dapatkan visa ni anda mestilah mempunyai pakej lengkap untuk menunaikan Umrah. Sebenarnya tak semua pakej umrah yang ditawarkan diluar sana tu ada access kepada system mengeluarkan visa. Kebanyakannya adalah sub agent kepada main agent yang ada berdaftar dengan system tersebut.
Dahulunya visa ni percuma sahaja. Tetapi hari ini visa umrah untuk kali kedua dan seterusnya bernilai RM2000. Anda tak boleh dapatkan visa ni melainkan sudah membeli pakej penuh. 
Visa ni anda hanya dibenarkan berada di Mekah, Madinah dan Jeddah sahaja. Anda tak boleh pergi ke bandar bandar lain.
VISA BUSINESS
Untuk mendapatkan visa ini ada 2 syarat:
1. Anda mestilah mempunyai syarikat berdaftar dengan SSM yang sah atau bekerja untuk syarikat yang sah.
2. Mempunyai sponsor dari Arab Saudu yang juga mempunyai syarikat berdaftar dengan Ministry of Commerce Arab Saudi yang sah, membayar cukai dan zakat serta bukan dalam rekod bermasalah.
Mereka ini akan membuat urusan menjemput anda melalui system Ministry of Foreign Affairs dan membuat beberapa urusan di MOFA dan Chamber of Commerce serta membuat bayaran. Tanpa jamputan tersebut anda tak boleh buat visa ini.
Kemudian setelah mendapat surat jemputan yang sah anda perlu ke mana mana travel agent yang dilantik khas oleh kedutaan sahaja untuk membuat urusan tersebut.
Visa ini mempunyai beberapa jenis samada single entry atau multiple entry dan samada sebulan, enam bulan, setahun atau dua tahun. Kosnya antara 2 ribu hingga 8 ribu ringgit.
Visa ini membenarkan anda ke semua bandar di Arab Saudi dan hanya boleh duduk dalam masa 30 hari maksimum setiap kali lawatan.
VISA TRANSIT
Visa ini diberikan sekiranya anda mempunyai transit yang lama dan urusan mestilah dibuat awal di travel agent. Kosnya RM300.
Tetapi visa ni macam chips more kejap ada kejap batal kejap tak ada balik kejap ada balik.
VISA HAJI
Proses dan syaratnya sama seperti visa umrah dan hanya sah untuk musim Haji. Kelulusan juga berdasarkan kuota yang diberikan kepada Tabung Haji.
VISA ZIARAH
Visa ni dikeluarkan untuk ahli keluarga warga negara saudi untuk menjemput keluarganya bukan warganegara Saudi serta expat yang bekerja di sana untuk memjemput ahli keluarganya yang rapat. Untuk mendapatkan visa ini prosesnya hampir sama dengan visa business dan di Malaysia pula mestilah membuktikan hubungan kekeluargaan seperti surat beranak atau surat nikah kahwin.
VISA DIPLOMATIK
Visa ini hanya untuk pembesar negara seperti Perdana Menteri dan Raja Raja Melayu dan prosesnya melibatkan Wisma Putra dan Kementerian DiRaja Arab Saudi.
Kesimpulannya tiada istilah ‘melancong’ ke Arab Saudi dan kalau tak ada sebab dan sokongan kukuh anda tak boleh masuk negara tersebut. Bila dah masuk jangan pandai pandai langgar undang undang dia atau cuba over stay walaupun seminit kerana undang undang di sana sangat severe, abrupt dan harsh.
Anda boleh dipenjarakan, black listed seluruh Negara Teluk sampaikan nak transit di Dubai pun tak boleh. 
Semoga dapat memberi manfaat.

No comments: