KENAPA KITA KENA BANYAKKAN TAWAF SUNAT DI BAITULLAH BERBANDING
UMRAH SUNAT.
BACA SAMPAI HABIS...
Semangat berkobar-kobar untuk menambahkan amalan sememangnya satu sikap yang
sangat terpuji. Dan amat lebih baik lagi apabila kita kekal ISTIQOMAH dalam
ibadah atau bahasa mudahnya “konsisten”.
Jangan hanya di tanah suci sahaja kita semangat, bila balik ke tanah air kita
kembali kepada asal. Sebagai Tetamu Allah sewajarnya kita mendalami ilmu agama
dengan tekun supaya kita arif mengenai hukum hakam dalam agama. seterusnya
memperbaiki segala kekurangan diri supaya menjadi insan yang lebih baik.
Ibadah mana yang perlu diutamakan atau diberi KEUTAMAAN berbanding dengan
ibadah yang lain. Jangan sampai amalan kita menjadi sia-sia lantaran jahil
mengenai sesuatu hukum. Di sinilah perlu guru dan adab di dalam berguru. Sabar
untuk mendalami ilmu agar kita dipandaikan.
Apabila berada di Mekah, ada di kalangan jemaah yang memperbanyakkan amalan
UMRAH SUNAT. Malah ada yang menganggap Umrah Sunat yang dilakukan sebanyak 7
kali menyamai pahala Haji. Sedangkan tidak ada nas al-Quran, hadis mahupun
ijmak ulamak yang menyatakan sedemikian.
Sebenarnya amalan yang paling afdhal semasa di Tanah Haram ialah
memperbanyakkan Tawaf Sunat dan bukannya memperbanyakkan Umrah Sunat.
MENGAPA TAWAF SUNAT LEBIH BAIK BERBANDING DENGAN AMALAN LAIN DI TANAH HARAM?
Tawaf itu adalah Sunatullah bukan sekadar sunnah yang dilakukan oleh
Rasulullah. Semua makhluk Allah yang melata di bumi hatta di langit sekalipun
bertawaf sebagai menunjukkan ketaatan mereka patuh kepada Allah.
Bintang-bintang di langit, planet-planet yang berada di angkasa lepas semuanya
berpusing ikut lawan jam mengelilingi matahari mengikut paksinya. Malah zarah
sekecil atom turut sama berpusing mengikut aturan Allah.
Jika semua makhluk Allah bertawaf sebagai menunjukkan kepatuhan mereka
beribadah kepada Allah, maka sebagai manusia yang dikurniakan Allah dengan
banyak kelebihan sewajarnyalah memperbanyakkan Tawaf sebagai tanda kita taat
dan patuh kepada Allah yang Esa.
Ibnu Abbas r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ” Sesungguhnya
setiap hari Allah menurunkan 120 rahmat kepada Baitullah ini. 60 rahmat untuk
orang yang bertawaf, 40 rahmat untuk orang yang mengerjakan solat dan 20 rahmat
untuk orang yang memandang Baitullah”.
.
Anas bin Malik pula mengatakan Rasulullah s.a.w bersabda “2 jenis tawaf di mana
apabila seorang hamba Allah dapat melakukannya, niscaya seluruh dosanya akan
diampuni seperti ketika ia dilahirkan oleh ibunya.
Dua jenis tawaf itu adalah TAWAF SETELAH SELESAI SOLAT SUBUH yang selesai
bersamaan dengan terbitnya matahari dan TAWAF SETELAH SOLAT ASAR yang selesai
bersamaan dengan terbenamnya matahari.” Kerana itu jika perasan, pada 2 waktu
inilah bilangan jemaah yang bertawaf bertambah berlipat kali ganda berbanding
sebelumnya.
Ulama’ Besar Tanah Haram, Syaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimiin (Syarh
al-Mumti’, 7/407). Ia dianggap makruh dan tidak disyari’atkan (iaitu
berulang-alik mengerjakan umrah dengan keluar ke tanah halal berkali-kali)
dengan sekali perjalanan umrah.
Al-Hafidz alFaqih Ibn al-Qayyim (Zaad al-Ma’ad, 2/86) menghitung umrah Nabi saw
hanya 4 kali dalam sejarah hidup baginda. Setiap kali kunjungan ke Mekah,
baginda mengerjakan satu kali umrah sahaja.
1. Umrah Hudhaibiyah tahun ke 6 H
2. Umrah Qadhiyah tahun ke 7H
3. Umrah Ji’ranah tahun ke 8
4. Umrah terakhir pada Haji Wada’
Sebaliknya, ibadah yg diutamakan semasa umrah ialah perbanyakkan tawaf.
Dari surah al-Baqarah: 2:125: “Dan bersihkan rumahku utk orang2 yang tawaf”.
Dalil Hadith: Barangsiapa yg bertawaf rumah ini (Kaabah) tujuh kali, laksana
(pahala) membebaskan seorang hamba” (sahih An-Nasa’iy 2919).
Ibnu Umar pula menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,
“Barangsiapa melakukan Tawaf di Baitullah, maka Allah swt akan mencatat satu
kebaikan dan menghapuskan satu keburukan bagi setiap langkahnya serta diangkat
satu darjat untuknya.” AllahuAkbar. Berapa banyak langkah yang kita lakukan
semasa kita sedang bertawaf?
Sebanyak itulah kebaikan pahala yang kita dapat dan sebanyak itulah juga dosa
kita terampun.
Sebagai renungan, cuba kita perhatikan jemaah yang sedang bertawaf di
sekeliling Kaabah. Ramai yang berpakaian biasa bertawaf Sunat atau berpakaian
Ihram Umrah?
SAMA-SAMA KITA MENGKAJI KENAPA KITA DISURUH BANYAKKAN TAWAF SUNAT?
Tawaf bermaksud pusing mengelilingi kaabah, apa yang kita nak pusing? Nak cari?
Kaji semula sejarah ke belakang dari apa yang terjadi. Letakkan diri kita
sebagai seorang hamba Allah, umat Nabi Muhammad, seorang Muslim, ibu, bapa,
anak, pemimpin, pekerja, rakyat, guru, murid dan sebagainya. Barulah kita mula
kaji di mana kedudukan kita di dalam sistem sosial masyarakat.
Kaji semula punca kebejatan keluarga dan umat masa kini. Di mana silapnya diri
kita, peranan sebagai seorang muslim, seorang manusia yang sepatutnya
merahmatkan alam. Itulah tujuan kita hidup di dunia ini diberikan agama dan
kitab sebagai panduan.
Adakah kita benar-benar faham tujuan hidup kita sebagai hamba Allah yang
mengaku Islam? Tugas dan tanggungjawab, amanah sebagai pewaris kepada kerjabuat
Nabi dan Rasul? Apa yang kita nak cari (tawaf) hidup di dunia ini?
Kita membaca ikrar dalam solat, iftitah bahawa HIDUP DAN MATI KITA KERANA ALLAH
ROBB SEKALIAN ALAM? Adakah benar hidup dan mati kita hari segalanya di jalan
Allah? Fisabilillah? Atau kita hidup kerana matlamat, tujuan dan kehendak nafsu
yang lain?
Kita membaca iftitah itu di dalam setiap kali solat. Diulang
ikrar yang sama bersama surah al-fatihah sebayak 17 kali sehari minima. Untuk
apa diulang-ulang ikrar yang sama? 7 ayat itu menjadi satu ikrar harian kita
sebanyak 17 kali yang WAJIB dalam setiap solat fardhu yang kita lakukan.
Di manakah silapnya? Apakah suruhan yang kita tidak laksanakan? Apakah
perlanggaran yang kita lakukan? Sudahkah kita fahami benar benar struktur
perlaksanaan setiap ayat dalam fatihah itu?
Hatta, dalam kejadian manusia dan pembentukan anak, nabi bersabda didiklah anak
itu 100 tahun sebelum kelahiran mereka. Hakikatnya, tiada siapa yang setua 100
tahun yang masih subur untuk mengandung dan melahirkan anak. Tetapi 100 tahun
sejarah terhampir itulah sebenarnya yang membentuk siapa kita pada hari ini.
APA YANG KITA KENA FAHAM SAINS DI SEBALIK TAWAF MENGELILINGI KAABAH
Kaabah yang di dalamnya ada 3 tiang adalah gambaran tunggak sembahan yang harus
dibesarkan. Surah al-Fatihah sendiri menyedarkan kita akan 3 unsur yang harus
diagungkan ini sebagai pentajalian pengagungan kita kepada Allah.
.
Pertama ialah ROB (pengatur) serta RUBUBIAH nya (aturan), kedua ialah
MULKIAH(tempat) dan ketiganya UBUDIAH (pengabdi/hamba/pelaku).
Bila kita baca Fatihah, kita harus zikir dan semak sentiasa, sejauh mana kita
berjaya menyempurnakan basmalah dan hamdalah kita sebagai pengagungan Rob dan
Rububiah Allah. Bila kita baca MAALIKI YAUMIDDIN, kita harus check sejauh mana
kita telah meletakkan Allah sebagai RAJA (malik) di MULKIAH (rumah/negara)
kita.
Apabila kita baca IYYAKA NAKBUD WIYYAKA NASTAIIN, kita harus check sejauhmana
kita telah mengabdi kepada Allah? Level 10% atau 100%? Ada tidak kemungkinan
kecelaruan keluarga dan negara kita akibat kita memperkecilkan Allah, atau anak
isteri kita memperkecilkan kita?
‘Habluminallah wahabluminannas”.
Check juga semua perlakuan serta hasil dari kerjabuat kita dalam konteks 7 ayat
fatihah yang lain. Jika kita belum dapat nikmat Islam seperti orang terdahulu,
jika kita asyik saling dimurkai suami, isteri, anak, rakyat, pemimpin maka itu
tanda kita sedang dimurkai Allah dan sebenarnya telah SESAT / BINGUNG.
Puncanya ialah samada kita belum jumpa jalan yang tepat (SIROOT) atau tidak
melaksanakan jalan itu dengan ISTIQOMAH (IHDINASSIROOTOL MUSTAKIM).
Dalam kontek keluarga, ROB ialah suami/ayah/Ibrahim, RUBUBIAH adalah aturan dan
polisi keluarga, MULKIAH adalah rumah tangga itu sendiri dan UBUDIAH ialah
isirumah. Di sini kita nampak jelas bahawa 3 unsur besar inilah yang
menyelamatkan hidup kita di dalam keluarga berstatus syurga Darussalam, BAITI
JANNATI.
Ini hanya akan berlaku jika kita sanggup benar benar menjadi hamba (ABID) dan
berserah diri (MUSLIM) kepada semua aturan Islam yang telah ditetapkan dengan
penuh keyakinan dan bertawakkal.
.
Setelah 7 kali pusingan dilengkapkan lalu kita jumpai sebab musabab mengapakah
batu Hajarulaswad itu bertukar menjadi hitam. Kita akan nampak kesilapan diri
kita yang lari dari frame ketetapan Allah dalam 7 ayat berulang dalam FATIHAH
itu sendiri.
KESIMPULAN:
Inilah isi penting kupasan di dalam pengisian umrah yang saya sampaikan kepada
jemaah Rarecation sepanjang berada di Mekah dan Madinah selama 12 hari 10
malam. Ramadan nanti, kita ada banyak masa untuk mengkaji dan isi masa dengan
kuliah-kuliah bermanfaat.
Jadi saya pesan sangat kepada diri sendiri dan para jemaah semua, sama-sama
kita semak kualiti ibadah kita. Adakah kita memahaminya sekadar satu ritual
atau kita lakukannya dengan konteks kefahaman yang boleh dilaksanakan di dalam
setiap aktual aktiviti harian kita?
Tolong sampaikan pesanan ni ya. Semoga kita sama-sama mendapat mendapat
manfaatnya. Sebarkan.