Sunday, 5 August 2018

JALAN MENUJU MASJID QUBA - DARI PINTU 5 MASJID NABAWI.

JALAN MENUJU MASJID QUBA - DARI PINTU 5 MASJID NABAWI.
Cubalah zoom, kelihatan menara masjid dihujung sana, itulah dia Masjid Quba’.

Ini gambar hitam putih ketika di zaman Usmaniyyah. Laluan dari Masjid Nabawi menuju ke Masjid Quba’. Nampak tak menara masjid hujung sana?


Inilah jalan menuju ke Masjid Quba' dari Masjid Nabawi. Antara jalan yang terpenting di Kota Madinah pada suatu zaman dahulu. Selain dikenali dengan nama "Jalan Quba", orang tempatan juga memanggilnya dengan nama "Jalan Yang Lurus" (الطريق المستقيم).
Hal ini kerana keluar saja dari Masjid Nabawi melalui pintu Quba' bernombor 5, kita hanya perlu jalan terus saja tanpa perlu belok kiri dan kanan untuk sampai ke sana. Kalau tak percaya, kau tengok gambar aku di bawah ini. Sengaja aku berdiri di sebelah tepi nak bagi kau nampak di hujung sana itu ada menara masjid. Itulah Masjid Quba'.

Dikhabarkan jalan di kawasan ini jugalah yang dilalui oleh Nabi SAW pada zamannya dahulu. Ada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim yang bermaksud, "Dulu Nabi SAW ke Masjid Quba' pada setiap hari Sabtu dengan berjalan kaki atau berkenderaan. Kemudian Baginda SAW solat dua rakaat di sana."
Jalan yang sepanjang 3 hingga 4 kilometer ini kemudiannya dibaik pulih dengan infrastruktur jalan raya yang mudah dan selamat diguna. Juga dibina deretan kedai yang menyerupai binaan dan corak warisan seni lama Arab. Jadi kita yang berjalan kaki, rasa seperti melalui terowong masa mengimbau suasana zaman dahulu kala.

No comments: